Friday, November 23, 2012

HARI YANG PASTI !!

Yakinkah kita hari esok akan menjelma?
Yakinkah kita hari esok dapat dirasa?
Yakinkah kita akan diambil setiap nyawa manusia?
Yakinkah kita hari esok masih menghirup udara?

Hari itu akan dihadapi setiap manusia..
Hari terbukti segala sabdaanya..
Hari di mana iman akan menjadi sempurna
namun iman itu sudah diterima

Hari itu PASTI dan PASTI akan tiba!!
apakah persediaan kita menghadapinya?
cukupkah ibadat beberapa minit cuma?
lumayankah zikir dengan lidah semata
sedangkan hati masih lalai leka

Akan terbukti yang ghaib itu zahir
dan yang dulunya zahir kini hanya mimpi

maka persediaan perlu dibuat sebelum tiba
hari yang tiada siapa tahu bila ia akan tiba.



Sunday, November 18, 2012

USAH MIMPI KE SYURGA.. ANDAI IMAN BELUM SEMPURNA

عن أنس بن مالك رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب 
لنفسه) متفق عليه

Tanyalah diri sendiri...
sayangkah kita pada saudara kita?
siapa saudara kita?
mereka yang menyebut kalimah yang paling agung
dialah saudara kita...

hari ini..
kita lihat sendiri...
mengaku menegakkan islam...
namun masih membenci saudara sendiri..
apakah tidak percaya dengan hadis nabi?
entah perasaan sayang pada saudara itu..
pernah terlintaskah dalam hati-hati mereka..
andai mahu menegakkan islam...
walaupun berbeza cara..
namun matalamat masih satu..
kenapa masih mahu bersengketa?

lihat juga bagaimana reaksi kita..
apabila saudara kita ditindas..
terlintas di fikirankah untuk bersama mereka..
sekiranya tidak pun..
terlintaskah rasa kasihan pada mereka..
anadai tiada rasa sebegitu..
iman kita masih belum sempurna..
kalau iman belum sempurna..
USAH BERMIMPI UNTUK KE SYURGA
USAH BERMIMPI TERLEPAS DARI NERAKA

Wednesday, November 14, 2012

matlamat da'ie

Aku tidak minta daripada kamu harta dunia...
Tidak ingin menjadi tersohor di mata manusia..
Bukan pangkat menjadi matlamat utama...

Biar dibenci seluruh manusia didunia...
Akhirat kelak berbahagia kita semua..
Dikasihi ALLAH kelak di sana...


Friday, November 9, 2012

UJIAN

andai kau seorang pejuang
andai ilmu menjadi parang
janganlah lepas yang dipegang
tegapkanlah ikatan tanpa lekang
hayun dengan langkah bersilang
hikmat pendekar tari helang
andai gugur kembali terbang
andai parah di medan perang 
UJIAN ALLAH TANDA SAYANG...


Monday, October 29, 2012

BENARKAH KITA CINTA?

andai kamu sayang dengan seseorang..
pasti kamu akan mengikuti apa kehendaknya..
misalnya..
Sekiranya seorang lelaki tlah jatuh jatuh cinta kepada seorang wanita..
lelaki itu akan menuruti apa yang dikehendaki oleh wanita itu...
andai wanita itu menyukai warna hijau dan membenci warna merah..
lelaki itu akan selalu memakai warna kegemaran yang dicintainya...
dan mengelakkan diri dari sesuatu yang dibenci kekasih hatinya..
itu adalah tamsilan dunia..

benarkah kita mencintai ALLAH?
benarkah kita mencintai RASULULLAH?
soalan untuk diri sendiri...
andai benar...
mengapa ada perkara yang ALLAH benci...
kita masih melakukannya??
mengapa ada perkara yang ALLAH suka...
namun kita masih berat untuk melakukannya?? 

kita mencintai rasulullah?
apa bukti kita mencintai RASULULLAH?
kalau setakat lafaz di mulut tidak memadai...
ia harus dibenarkan dengan  perbuatan...
dan dizahirkan dengan penampilan...
juga fikir apa yang difikirkan...
ayuh kita berusaha menerapakan cinta pada ALLAH dan RASULNYA..

"barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, dia mencintai aku,
dan barangsiapa yang mencintai aku, akan bersamaku di syurga"
[HR tarmizi]



Tuesday, August 21, 2012

Cahaya yang Lama Menyala

aku sering menganggap kehidupan itu..
adalah suatu perkara yang mudah...

aku sering melihat kehidupan itu..
hanya kepada setiap yang indah

aku sering mengharap kehidupan itu..
tanpa keringat atau lelah..

aku terleka dan alpa..
hingga sesat di lorong gelita..
menanti setiap hari supaya muncul cahaya..
membawaku keluar daripada segalanya

namun aku lupa..
cahaya itu sudah lama menyala...
hanya kepada sesiapa yang sedar dan cakna

Sunday, June 24, 2012

Puisi hati

tangisanku membasahi bumi...
dibawa awan kesana kemari..
pedih itu menikam sipi..
nyaris terbunuh sekeping hati..

awan itu menjadi gelap
matahari dilindungi asap
jendela hatiku tersingkap
namun perasaan ku tetap malap

gunung tinggi membelah awan ..
gunung dari batu batuan.
hati manusia tidak keruan
kembalikan ia kepada tuhan...

titisan itu menghasilkan pelangi..
indah terbias umpama sakti
sakit mendorong kematangan hati
menghidup kembali hati yang mati...

Saturday, June 23, 2012

Sajak Untuk Mak...


Kusorokkan tangisku..
yang meraung-raung rindu
terkadang terbawa-bawa ke alam mimpi...
Seringkali perasaan rindu tertutup..
dengan sifat egois
supaya ia tidak keliahatan..

Tetapi aku hanyalah manusia biasa
Aku akan tetap merinduinya
kerana awal dan permulaan hidupku..
aku habiskan dengannya..
Mendengar nasihat dan tegurannya..
Hidupnya dihabiskan untuk menjaga
permata di matanya

Aku..
tak pernah cuba untuk menghargai segalanya..
aku hanya mengundang kecewa
Pernah aku..
Mengalirkan titisan air mata kecewa
daripada matanya yang layu
dengan kedutan seribu
yang wujud seiring kelahiranku
titisan air mata itu kulihat dahulu..
menyedarkan aku dari buaian mimpiku..

Aku memohon ampun dan maaf daripadamu
Setiap kesalahanku, tutur kataku, dan perlakuanku..
Terasa betapa bodohnya aku..
Tidak menghargai seorang ibu..
yang melahirkan aku..
yang membesarkan aku
yang menyusukan aku
yang mendodoikan aku
yang bersengkang mata untukku..
yang....
melakukan setiap perkara untukku
tanpa upah diterimanya

Mak...
terima kasih mak...
Saya rindu mak





Wednesday, June 13, 2012

pelik aku dengan kamu

Aku pelik dengan manusia begitu..
Berjalan megah tunduk tak mahu..

aku pelik dengan manusia begitu..
bercerita seolah-olah serba tahu

aku pelik dengan manusia begitu...
keringat saudaranya dianggap debu...

Wednesday, June 6, 2012

ujian dalam diri


bersediakah aku yang lemah ini?
untuk menghadapi ujian nanti
dalam kehidupanku yang mendatang nanti
kehidupan yang belum pasti
wujudkah perkataan "selepas ini"?

baginda orang paling hebat
ujian yang dihadapinya cukup dahsyat
andai aku dan dia berganti tempat..
belum tentu aku sempat
menjadi sepertinya kuat
dihadapi ujian semangat
malah lahiriahnya larat
menanggung ujian tanpa penat

namun aku...
kalah sejurus mendapat ujian itu.
menarik-narik rambut dikepalaku
menampar wajahku
aku kalah sebegitu
aku dengan diriku malu
merintih seorang tanpa sedu
tak terkeluar kata kelu..

andai kau seorang pejuang
andai ilmu menjadi parang
janganlah lepas yang dipegang
tegapkanlah ikatan tanpa lekang
hayun dengan langkah bersilang
hikmat pendekar tari helang
andai gugur kembali terbang
andai parah di medan perang

Saturday, May 26, 2012

Ceritanya...

Aku dengar ceritanya..
cerita mengenai seorang manusia..
yang sering ujian melandanya..
namun dia tetap bersahaja..
melakukan segala kerjanya..

ceritanya begitu indah...
ditempuh segala musibah ..
dengan hati yang gagah...
kemas dan panjang diatur langkah...
perjalanan hidup seorang pengubah...

ceritanya menusuk hati..
kerana segalanya bukan untuk diri..

semuanya untuk yang dirindui..
agar terselamat dari azab Ilahi..
pada hari akhirat nanti..






 

Tuesday, April 24, 2012

ANDAI KENAL DUNIA

Fahamilah erti dunia...
ia tidak membawa erti
kerana dunia tiada harga
andai ia tidak dihias rapi

kenalilah ia sebaiknya...
sebuah kehidupan di dunia
akan menjadi sia-sia
tanpa dipenuhi pahala

manfaatkan segalanya..
andai kau tahu fadhilatnya
segala yang payah tiada
walau ia pahit untuk dirasa

Dunia ini bukan selamanya
yang ada akan tiada..
yang ghaib menjadi nyata
bersediakah kau dengannya?







Wednesday, April 18, 2012

bukti untuk yang beramal

Kau kata kau yakin pada ILAHI...
mana buktinya?
mengapa masih berharap pada asbab
padahal dialah yang menciptakan asbab..
dialah yang berkuasa ke atas segala makhluk

Kau kata kau cintakan Nabi..
mana buktinya?
tahukah dikau bagaimana susah payah baginda..
dicemuh, dicaci, dimaki dan dihina 
perjuangan da'wah baginda amat perit
kau kata kau berda'wah?
adakah kau pernah merasai sepertinya?

Kau kata kau seorang daie..
mana buktinya?
kau berda'wah kepada mereka yang mencari...
bagaimana dengan mereka yang menolak da'wah..
adakah kau ingin berlepas tangan padanya..
di akhirat kelak kau akan dituntut olehnya

kau kata kau muslim sejati...
mana buktinya?
hidup dengan gaya penentang-penentang islam
makan makanan mereka..
pakaian cara mereka...
adakah kau sedar semua perkara ini...

Sesungguhnya tiada cara hidup dan pegangan yan akan mebawa kepada kejayaan dunia dan akhirat kecuali cari hidup dan pegangan Nabi Muhammad SAW

Thursday, April 12, 2012

Siapakah Aku?

Aku bukanlah raja
yang punya rakyat jelata

Aku juga bukan jurutera
yang membina istana

Aku bukanlah penglipur lara
kaya dengan ilmu bercerita

Aku bukanlah peniaga
untung rugi menjadi roda

Aku juga bukanlah sesiapa
berjalan dan terjatuh di mana sahaja

Aku hanyalah seorang hamba
mengabdikan diri pada Yang Maha Esa

Monday, April 9, 2012

rentak kejayaan

aku telah tiba di sempadan ufuk
yang membawa aku ke lembah kejayaan
namun langkahku terhenti
akibat bumi pendirianku yang bergoncang
seolah-olah tidak membenarkanku
melangkah ke sempadan itu
yang dipenuhi pelangi cinta

aku mencari jalan untuk ke sana
walau gagal sering terserempak denganku
walau dia sering menahanku.
cuba menjatuhkan kaki pendirianku..
aku melawan dengan segagah mungkin ..
agar aku berjaya menjejakkan kakiku
di puncak gunung kejayaan
bersama irama kehidupan
yang rancak bermain dalam telingaku
awan keselesaan meneduhiku
tiupan bayu dingin menidurkanku

Saturday, April 7, 2012

Pengertian hati

erti duka bukan pada kata ...
tetapi pada yang merasa...

erti bahagia bukan pada dunia...
tetapi pada penghujung satu nyawa...

erti kaya bukan pada harta..
tetapi pada ilmu dan budi bahasa..

erti cinta bukan pada wanita...
tetapi hanya padaNYA...

Monday, March 12, 2012

Yakinkah kamu akan ke syurga?


setelah hidup penuh dengan dosa..
fikirkan,...
detik-detik yang lepas itu..
apa kamu lakukan dengannya?
apa kamu manfaatkan daripadanya?
berapa banyakkah amalan kamu,,
yang telah kamu lakukan...
daripada saat kamu mampu berfikir..
sehingga kini?
sudah cukupkah nikmat di atas dunia ini..
sehingga tidak mahu nikmat yang hakiki..
apakah dunia ini sudah menjadi syurga buatmu?
YAKINKAH KAMU AKAN TERLEPAS DARI API NERKA??

Monday, March 5, 2012

ALAM vs MANUSIA

bukit dan gunung yang tinggi ..
menyentuh awan ....
namun ia tidak bongkak..
sehingga sanggup mensyirikkan tuhannya..

angin melalui setiap pelusuk dunia...
meredah benua...
namun ia tidak sombong ..
sehingga sanggup mengenepikan tuhannya..

laut luas menutupi bumi...
menjadi sumber utama penghuninya...
namun ia tidak takbur...
sehingga sanggup menduakan tuhannya...

manusia??
dari air mani yang hina.....
berjalan di atas muka bumi...
yang suatu hari nanti akan binasa..
nyawa setiap manusia yang tiada yang kekal selamanya...

hanya dengan sedikit tenaga dan umur...
masih mahu sombong dan bongkak???


Monday, January 30, 2012

MASIH DICINTAI..

suatu hari...
terdetik di hati aku...
apakah DIA masih menyayangi aku?
apakah DIA masih mencintai aku?
apakah DIA masih mahu aku mendekatinya?

jawapannya aku tahu...
namun sering timbul keraguan..
yang dibisikkan oleh syaitan...
bisikan itu menjarakkan aku denganNYA...
membuatkan aku hampir putus asa...

aku toleh ke kanan dan ke kiri...
melihat manusia lain duduk dan berdiri..
ada yang tersenyum sendiri..
membuatkan benak aku memainkan irama persoalan..
adakah mereka mengharapkan cintaNYA?
walaupun dalam keadaan yang sibuk dengan urusan yang sia-sia??

kebingungan aku terjawab...
dalam keadaan apa sekalipun..
selagi kita masih menghirup udara..
jantung berdegup berirama..
itu tandanya dia masih sayangkan kita...

BAGAIMANA??
SELAGI KITA MASIH HIDUP..
PINTU TAUBAT MASIH DIBUKA...
WALAU BERGUNUNG DOSA...
MAHA PENGAMPUN ADALAH DIA..




JANGAN PUTUS ASA DENGAN RAHMATNYA!!!

Monday, January 23, 2012

KEMANAKAH?

seluruh ayat terukir...
di dalam satu zikir ..
kepada yang berfikir...
supaya dunia diusir..
daripada hati sang fakir...

lalu ia menerjah menghampiri..
tanpa berita didahului...
tanpa amaran diberi...
kepada empunya diri...
sesal tiada kembali..

mengapa?
sesal baru dirasa..
mengapa tidak semasa hayatnya?
walaupun peringatan sudah ke telinga..
hinggap tiada tempatnya...

kubur gelap gelita...
tanpa secebis cahaya...
tempat persinggahan yang pertama...
bagaimana keadaannya?
lembah-lembah neraka?
taman-taman syurga?
bergatung kepada amalan penghuninya...

ke mana pergi harta selama ini?
ke mana pergi pangkat tinggi?
ke mana pergi keluarga di sisi?
semua bukan miliknya lagi..
harta di warisi
pangkat diganti
keluarga menangisi...
namun bolehkah kita kembali?


mereka yang melihat...
sepatutnya mereka teringat
dalam masa yang singkat...
sempatkah melakukan maksiat?
sempatkah munkar dibuat?
sebelum giliran mendekat...
sebelum nyawa disekat...
cukupkanlah ibadat..
serulah kepada hasanat...
capailah ma'rifat...
insyaALLAH berkat..
dunia akhirat...