Saturday, December 17, 2011

MILIK KITA??

Tiada perkara dalam dunia..
menjadi milik mutlak kita...
Perkara yang hari ini kita
berbangga-bangga dengannya...
pangkat, kerjaan dan harta...
semuanya diberikanNYA..
Perkara yang kita malu dengannya..
semuanya adalah ujian daripadaNYA...

Jangan sesekali sombong dan berbangga diri..
berjalan tidak memandang bumi..
seperti firaun yang dilaknati...
mengaku tuhan diri sendiri..
akhirnya mati ditelan bumi..

andai terlupa..
bertaubatlah kepadanNYA..
andai sengaja..
kembalilah kejalanNYA..

SESUNGGUHNYA DIALAH YANG MAHA KAYA DAN MEMILIKI SEGALANYA..


Thursday, December 15, 2011

KENAPA IA TERJADI?

setiap yang berlaku dalam muka bumi ini...
walaupun pepasir bergesel sesama sendiri..
helaian daun di hutan luruh ke bumi...
setiap pergerakan dan fikiran insani..
semuanya dalam pengetahuan ilahi...

perkara yang telah terjadi..
pasti bersamanya sesuatu yang tiada siapa jangka...
pasti bersamanya sesuatu yang indah...
kerana hanya DIA yang tahu apa yang akan terjadi..
hanya DIA yang tahu mana yang baik untuk manusia..
hanya DIA yang tahu jalan mana yang membawa kepadaNYA...


yakinlah....
setiap yang terjadi...
ALLAH adalah sebaik-baik tempat untuk berserah....

Wednesday, December 14, 2011

KEHIDUPAN...

hidup tak selalunya indah~
langit tak selalu cerah~

kadang-kadang..
aku terfikir...
adakah hidup ini akan selamanya senang...
bagi mereka yang hidupnya senang...
harta melimpah ruah...
rumah besar indah...
pangkat tinggi megah...
mudah untuk mendapatkan setiap sesuatu...
tanpa peluh dikeluarkan...
tanpa otot digerakkan...
datang semuanya ke dalam tadahan...

kadang-kadang...
aku terfikir...
adakah hidup akan selamanya susah...
bagi mereka yang hidupnya susah..
poket diseluk... kosong
rumah boleh diusung-usung
baju bertampung-tampung...
susah untuk mendapatkan setiap seuatu...
setiap keringat diperah...
setiap tenaga diperah..

mereka yang senang dan berada...
tahukah kamu itu semua nikmat dari-NYA

mereka yang dalam susah dan sengsara...
tahukah kamu ujian itu bermaksud kamu disayangiNYA





Tuesday, December 13, 2011

ANDAI DAPAT MELIHAT BULAN.... 
JANGAN LUPA RUMPUT DI BUMI...

ANDAI SUDAH BEROLEH KEJAYAAN..
JANGAN LUPA ASAL DIRI...

CINTA & KEINDAHANNYA

Indahnya bercinta...
namun keindahan itu sementara..
kecuali sebuah cinta...
yang membawa kepada keindahan selamanya.

Manisnya bercinta..
namun manis itu tidak dirasa..
kecuali sebuah cinta..
yang takkan hilang rasa manisnya.

Cinta datang pada sesiapa sahaja ..
yang berusaha mencari cinta...
namun ia akan pergi...
setelah sang pencinta leka...

Cinta kepada perkara yang musnah..
musnah cinta bersama yang dicinta..

cinta kepada yang sementara..
sementaralah cinta kepada dia..

Namun.. 
cinta itu akan kekal selamanya..
Jika cinta itu pada yang kekal selamanya...

HARTA DAN KITA...

sebuah rumah di tepi sungai....
kayunya rapuh dimakan anai-anai...
tuannya hidup dengan menuai...
hasilnya diguna hingga selesai..

sekali tanaman menjadi rosak...
tiada beras walau secupak..
menangis semua anak-anak..
mengharap bapa yang makannya tidak...

termenung bapa seorang diri..
memikirkan nasib di atas titi..
siapakah gerangan pemberi rezeki...
menunggu akan hasilnya kembali..

saudagar kaya hidup berada..
dalam mahligai umpama syurga..
harta bertimbun di atas celana...
setiap masa mengira harta...

terlintas di fikiran sang bapa..
persoalan timbul serta merta...
mengapa manusia ada yang kaya...
sedangkan hidupnya miskin merana??

wahai sahabat wahai teman...
kisah diatas hanya nukilan..
agar terlintas di setiap fikiran..
kaya harta bukan ukuran...

sang kaya hidup penuh harta ..
apa guna tidak menderma...
hidup mewah tiada pahala..
maut menjemput tinggal semuanya..