Tuesday, April 24, 2012

ANDAI KENAL DUNIA

Fahamilah erti dunia...
ia tidak membawa erti
kerana dunia tiada harga
andai ia tidak dihias rapi

kenalilah ia sebaiknya...
sebuah kehidupan di dunia
akan menjadi sia-sia
tanpa dipenuhi pahala

manfaatkan segalanya..
andai kau tahu fadhilatnya
segala yang payah tiada
walau ia pahit untuk dirasa

Dunia ini bukan selamanya
yang ada akan tiada..
yang ghaib menjadi nyata
bersediakah kau dengannya?







Wednesday, April 18, 2012

bukti untuk yang beramal

Kau kata kau yakin pada ILAHI...
mana buktinya?
mengapa masih berharap pada asbab
padahal dialah yang menciptakan asbab..
dialah yang berkuasa ke atas segala makhluk

Kau kata kau cintakan Nabi..
mana buktinya?
tahukah dikau bagaimana susah payah baginda..
dicemuh, dicaci, dimaki dan dihina 
perjuangan da'wah baginda amat perit
kau kata kau berda'wah?
adakah kau pernah merasai sepertinya?

Kau kata kau seorang daie..
mana buktinya?
kau berda'wah kepada mereka yang mencari...
bagaimana dengan mereka yang menolak da'wah..
adakah kau ingin berlepas tangan padanya..
di akhirat kelak kau akan dituntut olehnya

kau kata kau muslim sejati...
mana buktinya?
hidup dengan gaya penentang-penentang islam
makan makanan mereka..
pakaian cara mereka...
adakah kau sedar semua perkara ini...

Sesungguhnya tiada cara hidup dan pegangan yan akan mebawa kepada kejayaan dunia dan akhirat kecuali cari hidup dan pegangan Nabi Muhammad SAW

Thursday, April 12, 2012

Siapakah Aku?

Aku bukanlah raja
yang punya rakyat jelata

Aku juga bukan jurutera
yang membina istana

Aku bukanlah penglipur lara
kaya dengan ilmu bercerita

Aku bukanlah peniaga
untung rugi menjadi roda

Aku juga bukanlah sesiapa
berjalan dan terjatuh di mana sahaja

Aku hanyalah seorang hamba
mengabdikan diri pada Yang Maha Esa

Monday, April 9, 2012

rentak kejayaan

aku telah tiba di sempadan ufuk
yang membawa aku ke lembah kejayaan
namun langkahku terhenti
akibat bumi pendirianku yang bergoncang
seolah-olah tidak membenarkanku
melangkah ke sempadan itu
yang dipenuhi pelangi cinta

aku mencari jalan untuk ke sana
walau gagal sering terserempak denganku
walau dia sering menahanku.
cuba menjatuhkan kaki pendirianku..
aku melawan dengan segagah mungkin ..
agar aku berjaya menjejakkan kakiku
di puncak gunung kejayaan
bersama irama kehidupan
yang rancak bermain dalam telingaku
awan keselesaan meneduhiku
tiupan bayu dingin menidurkanku

Saturday, April 7, 2012

Pengertian hati

erti duka bukan pada kata ...
tetapi pada yang merasa...

erti bahagia bukan pada dunia...
tetapi pada penghujung satu nyawa...

erti kaya bukan pada harta..
tetapi pada ilmu dan budi bahasa..

erti cinta bukan pada wanita...
tetapi hanya padaNYA...