Wednesday, August 16, 2017

Di mana mungkin aku cari kebaikan,
kalau setiap yang putih tertompok hitam,
Di mana mungkin aku cari keamanan,
kalau setiap diam tersisip dendam.

Monday, July 31, 2017

Kalau ilmu baru bertunas,
Jangan gopoh nak berbuah.

Thursday, January 19, 2017

Seikat ulam di atas raga,
disalai di atas kayu jati,
niat dan azam semua ada,
andai dipilih aku pergi.

Tuesday, January 10, 2017

kalau gula ditabur ke gulai,
jangan sampai hilang masinnya,
kalau cuba menunjuk pandai,
jangan sampai orang dipersenda.

Sunday, January 24, 2016

somebody told me I should be myself,
I told myself to be like somebody else,

because I am no better than anyone.

Friday, January 8, 2016

?

Apakah ukuran kejayaan manusia yang sebenarnya?

harta? sijil? pangkat? pengaruh?

ramai kini yang meletakkan faktor-faktor dunia sebagai penanda aras yang seseorang perlu capai bagi memperoleh "kejayaan".

Namun ramai yang lupa Allah telah meletakkan satu penanda aras untuk kejayaan manusia.


 

Tuesday, September 8, 2015

Kepada Pencari Kebenaran

Andai kau pencari kebenaran,
Bukalah kitab yang tanpanya keraguan,
Kalam indah dari Ar-Rahman,
Kepada mereka yang mencari kebenaran.

Andai kau pencari kebenaran,
Lihatah kepada sebaik-baik insan,
Segala apa yang dia lakukan,
Tanpa campur tangan nafsu dan syaitan.

Andai kau pencari kebenaran,
Bacalah kisah yang bertauladan,
Hayatilah kisah sebuah golongan,
Renungkanlah apa yang mereka fikirkan.

Andai kau membenci kemungkaran,
itu antara tanda kau beriman ,
Semoga syurga menjadi ganjaran,
Disana disediakan segala balasan.