Thursday, April 12, 2012

Siapakah Aku?

Aku bukanlah raja
yang punya rakyat jelata

Aku juga bukan jurutera
yang membina istana

Aku bukanlah penglipur lara
kaya dengan ilmu bercerita

Aku bukanlah peniaga
untung rugi menjadi roda

Aku juga bukanlah sesiapa
berjalan dan terjatuh di mana sahaja

Aku hanyalah seorang hamba
mengabdikan diri pada Yang Maha Esa

Monday, April 9, 2012

rentak kejayaan

aku telah tiba di sempadan ufuk
yang membawa aku ke lembah kejayaan
namun langkahku terhenti
akibat bumi pendirianku yang bergoncang
seolah-olah tidak membenarkanku
melangkah ke sempadan itu
yang dipenuhi pelangi cinta

aku mencari jalan untuk ke sana
walau gagal sering terserempak denganku
walau dia sering menahanku.
cuba menjatuhkan kaki pendirianku..
aku melawan dengan segagah mungkin ..
agar aku berjaya menjejakkan kakiku
di puncak gunung kejayaan
bersama irama kehidupan
yang rancak bermain dalam telingaku
awan keselesaan meneduhiku
tiupan bayu dingin menidurkanku

Saturday, April 7, 2012

Pengertian hati

erti duka bukan pada kata ...
tetapi pada yang merasa...

erti bahagia bukan pada dunia...
tetapi pada penghujung satu nyawa...

erti kaya bukan pada harta..
tetapi pada ilmu dan budi bahasa..

erti cinta bukan pada wanita...
tetapi hanya padaNYA...

Monday, March 12, 2012

Yakinkah kamu akan ke syurga?


setelah hidup penuh dengan dosa..
fikirkan,...
detik-detik yang lepas itu..
apa kamu lakukan dengannya?
apa kamu manfaatkan daripadanya?
berapa banyakkah amalan kamu,,
yang telah kamu lakukan...
daripada saat kamu mampu berfikir..
sehingga kini?
sudah cukupkah nikmat di atas dunia ini..
sehingga tidak mahu nikmat yang hakiki..
apakah dunia ini sudah menjadi syurga buatmu?
YAKINKAH KAMU AKAN TERLEPAS DARI API NERKA??

Monday, March 5, 2012

ALAM vs MANUSIA

bukit dan gunung yang tinggi ..
menyentuh awan ....
namun ia tidak bongkak..
sehingga sanggup mensyirikkan tuhannya..

angin melalui setiap pelusuk dunia...
meredah benua...
namun ia tidak sombong ..
sehingga sanggup mengenepikan tuhannya..

laut luas menutupi bumi...
menjadi sumber utama penghuninya...
namun ia tidak takbur...
sehingga sanggup menduakan tuhannya...

manusia??
dari air mani yang hina.....
berjalan di atas muka bumi...
yang suatu hari nanti akan binasa..
nyawa setiap manusia yang tiada yang kekal selamanya...

hanya dengan sedikit tenaga dan umur...
masih mahu sombong dan bongkak???


Monday, January 30, 2012

MASIH DICINTAI..

suatu hari...
terdetik di hati aku...
apakah DIA masih menyayangi aku?
apakah DIA masih mencintai aku?
apakah DIA masih mahu aku mendekatinya?

jawapannya aku tahu...
namun sering timbul keraguan..
yang dibisikkan oleh syaitan...
bisikan itu menjarakkan aku denganNYA...
membuatkan aku hampir putus asa...

aku toleh ke kanan dan ke kiri...
melihat manusia lain duduk dan berdiri..
ada yang tersenyum sendiri..
membuatkan benak aku memainkan irama persoalan..
adakah mereka mengharapkan cintaNYA?
walaupun dalam keadaan yang sibuk dengan urusan yang sia-sia??

kebingungan aku terjawab...
dalam keadaan apa sekalipun..
selagi kita masih menghirup udara..
jantung berdegup berirama..
itu tandanya dia masih sayangkan kita...

BAGAIMANA??
SELAGI KITA MASIH HIDUP..
PINTU TAUBAT MASIH DIBUKA...
WALAU BERGUNUNG DOSA...
MAHA PENGAMPUN ADALAH DIA..




JANGAN PUTUS ASA DENGAN RAHMATNYA!!!

Monday, January 23, 2012

KEMANAKAH?

seluruh ayat terukir...
di dalam satu zikir ..
kepada yang berfikir...
supaya dunia diusir..
daripada hati sang fakir...

lalu ia menerjah menghampiri..
tanpa berita didahului...
tanpa amaran diberi...
kepada empunya diri...
sesal tiada kembali..

mengapa?
sesal baru dirasa..
mengapa tidak semasa hayatnya?
walaupun peringatan sudah ke telinga..
hinggap tiada tempatnya...

kubur gelap gelita...
tanpa secebis cahaya...
tempat persinggahan yang pertama...
bagaimana keadaannya?
lembah-lembah neraka?
taman-taman syurga?
bergatung kepada amalan penghuninya...

ke mana pergi harta selama ini?
ke mana pergi pangkat tinggi?
ke mana pergi keluarga di sisi?
semua bukan miliknya lagi..
harta di warisi
pangkat diganti
keluarga menangisi...
namun bolehkah kita kembali?


mereka yang melihat...
sepatutnya mereka teringat
dalam masa yang singkat...
sempatkah melakukan maksiat?
sempatkah munkar dibuat?
sebelum giliran mendekat...
sebelum nyawa disekat...
cukupkanlah ibadat..
serulah kepada hasanat...
capailah ma'rifat...
insyaALLAH berkat..
dunia akhirat...