Tuesday, December 13, 2011

CINTA & KEINDAHANNYA

Indahnya bercinta...
namun keindahan itu sementara..
kecuali sebuah cinta...
yang membawa kepada keindahan selamanya.

Manisnya bercinta..
namun manis itu tidak dirasa..
kecuali sebuah cinta..
yang takkan hilang rasa manisnya.

Cinta datang pada sesiapa sahaja ..
yang berusaha mencari cinta...
namun ia akan pergi...
setelah sang pencinta leka...

Cinta kepada perkara yang musnah..
musnah cinta bersama yang dicinta..

cinta kepada yang sementara..
sementaralah cinta kepada dia..

Namun.. 
cinta itu akan kekal selamanya..
Jika cinta itu pada yang kekal selamanya...

No comments: